14 Mei 2011

Handfeeding INFO & TIPS

Anda Boleh guna KAYTEE Handfeeding
  Formula..untuk kebaikan Anak2 Parrot anda...ia mempunyai banyak Vitamin,DHA,OMEGA 3..

Anda juga boleh menggunakan NESTUM NESTLE MIX FRUITS 6 month plus jika anda berasa lebih ekonomi tetapi MULTIVITAMIN diperlukan setiap seminggu sekali untuk menjamin keseimbangan pertumbuhan pembesaran dan melawan sebarang penyakit..

String ini harus digunakan untuk menyuap anak burung, ini penting supaya makanan akan terus masuk ke mulut tanpa cederakan mulut anak burung Penggunaan sudu adalah untuk Anak Burung yg sudah besar...




1. Air suam atau kepanasan tidak melebihi 38 celcius perlu digunakan untuk membancuh nestum tadi supaya ia tidak pekat dan tidak terlampau cair, jika ia terlampau pekat nestum  mungkin akan tersangkut di kerongkong dan sekiranye ia berlarutan ia akan menjadi kerak dikerongkongnye. Anda harus membuang kerak tersebut tidak kira apacara sekali pon.Jika nestum terlampau cair ini akan menyebabkan kandungan air yang lebih dan akan menyebabkan anak burung tidak kenyang akan meminta makanan dimasa yang tidak sepatutnye walaupon ia telah kenyang semasa anda memberi tadi..Anda dinasihatkan supaya Tidak menggunakan AIR PAIP sama sekali ini kerana kandungan KLORIN mungkin akan menyebabkan keracunan pada anak burung anda.


2. Mangkuk Khas untuk anak burung sahaja diperlukan ini bagi menjamin kesihatan anak burung..Jangan sesekali menggunakan bekas dari burung dewasa ini kerana untuk mengelakkan jankitan penyakit kepada anak berlaku..








3. Larutkan nestum tadi bersama air suam atau kepanasan tidak melebihi 38 celcius tadi sehingga sebati..kacau perlahan lahan sehingga benar benar menjadi air nestum..




4. Apabila bancuhan nestum tadi sudah siap ambil anak burung dan masukkan kedalam bekas yang lantainye kasar atau pon menggunakan habuk papan, tuala bersih dan karpet ini adalah penting agar kaki anak burung benar- banar tegak dan tidak menggangkang ini penting supaya kaki anak burung tidak patah atau terseliuh..



5. Tekan perlahan lahan dan anda harus melakukan 2 kali untuk setiap shrink.. Ini kerana anak burung dikuatiri akan lemas kerana nestum yang penuh didalam mulutnye.. saluran pernafasan betul betul berada di atas lelangit nye.. pastikan nestum telah habis didalam mulutnye dan anda boleh lah menyambung semula memberi makan..



6. Anak burung yang sudah kenyang, pastikan temolok anak burung tidak terlalu kembong dan tidak terlalu leper, anda harus agak agak dengan saiz anak burung itu.. sukatan ini penting supaya makanan yang cukup berterusan..



7. Pada awal kelahiran anak burung pada usia seminggu, 4 kali anda harus memberinye makan ini kerana ia mempunyai temolok yang kecil dan penghadaman yang cukup cepat.. Anda boleh mengurangkan pemberian makanan kepada 3 kali sehari tanpa mengurangkan nestumnye pada usia sebulan..Anda harus menambah nestumnye setiap minggu mengikut sukatan setengah shrink seminggu..

Anda boleh mengurangkan pemberian makan kepada 2 kali sehari apabila berumur 2 bulan.. Dari 2 bulan sehingga 4 bulan atau bulunye sudah tumbuh dengan sepenuhnye ia akan kurang makan ini adalah perkara biasa dan xperlu bimbang ini kerana ia akan mula meringankan badan untuk belajar terbang.. Pada ketika ini anda harus mengajar ia makan sendiri.. Anda perlu meletakkan kuaci, buahan atau sayuran.. Dengan belajar mengoyak dan bermain dengan makanan tersebut lama kelamaan ia akan makan sendiri..Tetapi anda perlu menyuap makanan seperti biasa sekurang kurangnye 2 shrink pagi dan 2 shrik petang..

Tiada ulasan: